NOTIS MESYUARAT AGONG PIBG SMK SULTAN ABDULLAH TAHUN 2025

Assalamualaikum W.B.T kepada semua ibu bapa/penjaga yang dihormati.
Untuk makluman tuan/puan, Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-50 & Sambutan Hari Raya Tahun 2025 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 12 April 2025 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Ibnu Sina
📋Agenda Mesyuarat :
- Ucapan Pengerusi Mesyuarat – YBhg. Dato’ Sheikh Kamaruzzaman bin Dawood
- Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49
- Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Tahunan
- Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan PIBG 2024
- Pembubaran AJK PIBG Tahun 2024/2025
- pelantikan pengerusi sementara
- Pemilihan AJK PIBG Tahun 2025/2026
- Kutipan Bayaran Tambahan Persekolahan Tahun 2025
- Pembentangan Usul
- Hal-hal Lain
- Ucapan Penangguhan
Bersama ini disertakan surat rasmi panggilan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-50 SMK Sultan Abdullah.
👉Mohon ibu bapa mengisi link kehadiran dibawah bagi memudahkan pihak pengurusan majlis. Dato’/Datin/Tuan/puan boleh mengesahkan kehadiran dan membuat usul/cadangan sebelum atau pada 8 April 2025 menerusi ‘google form’ di bawah
👉 Sekiranya Dato’/Datin/Tuan/Puan mempunyai sebarang usul atau cadangan sila isi Google Form di bawah untuk dibawa pada masa mesyuarat agung yang telah ditetapkan sebelum 7/04/2025.
Pihak sekolah amat
berharap agar tuan/puan dapat hadir ke mesyuarat tersebut bagi meningkatkan kecemerlangan anak-anak dalam pelbagai bidang dan bersama-sama untuk membincangkan penambahbaikan sekolah.
Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam hal ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Tuan/puan boleh menghubungi pihak sekolah di talian 06-6511835 atau Pn. Norkhafizah binti Yussuf (setiausaha) di talian 017-2276746 untuk sebarang pertanyaan. Pandangan dan pendapat tuan/puan juga amat dialu-alukan.
❤️Cenderahati istimewa bagi yang hadir awal
❤️ Cabutan bertuah turut disediakan
❤️ Jamuan hari raya yang meriah